Assalamualaikum & Hi!
Saya akan kongsi pengalaman saya dan anak berkenaan ekzema yang tiba tiba sahaja muncul. Jadi dalam entry ini saya akan kongsikan kbeberapa point seperti di bawah.
Di kala kawan kawan sekelasnya dah mula masuk kelas pada 2hb Januari lepas, Hannah pula warded di DEMC, Shah Alam untuk rawatan ekzema.
Sebelumnya, semasa musim cuti sekolah, Hannah dan adik adik minta dihantar balik ke kampung orang tua saya di Felda Chini 4. Jadi kami pun turutkan permintaan Hannah dan adik-adik. Mereka tinggal di sana selama 2minggu.
Orang bandar balik kampung, memang seronoklah mereka bermain di sekitar rumah nenek dan embahnya. Main kejar-kejar di laman, main pasir dan tanah, main dengan anak ayam dan macam macam lagi.
Disinilah detik-detiknya bermula.
Waktu kami suami isteri pulang ke kampung untuk ambil mereka, Hannah tunjuk biji biji air yang mula tumbuh pada jari tangan dan jari kaki.
"Nanti mama bawak ke klinik ya, tengok apa kata doktor. Mama nak bagi ubat, mama pun tak tau ubat apa"
Sementara nak jumpa Doktor Pakar, kami bagi Hannah makan ubat yang Doktor pertama beri, iaitu ubat tahan gatal ( antihistamin ). Memang kesian tengok Hannah menahan diri dari menggaru kawasan yang gatal.
Di DEMC, kami berjumpa dengan Datin Dr. Noraziah Abd. Kadir Jailani ( Physician and Dermatologist ). Beliau buat pemeriksaan pada Hannah dan bertanya sejarah pemakanan dan aktiviti Hannah dalam masa 2-3 sebelum tumbuhnya biji bijian berair pada tangan dan kaki.
"Saya namakan ini sebagai ekzema with Pompholyx. Mungkin ada bakteria atau kuman yang trigger masalah ekzema ni masa Hannah ada di kampung.
Kita tak pasti apa punca sebenar. Tapi biasanya ada sesuatu yang buatkan ekzema keluar macam ni walaupun sebelum ni dia tak pernah alah dengan apa apa"
Pompholyx terjadi kerana banyak sebab. Dalam banyak kes, ia kelihatan berkaitan dengan berpeluh, kerap muncul semasa cuaca panas, keadaan lembap, atau mengikuti keadaan emosi.
Faktor penyumbang lain termasuk:
Hannah di minta masuk ke ward untuk rawatan. Doktor isi beberapa borang dan kami perlu mengikut prosedur hospital untuk proses 'admission'.
Petangnya, pada jam 2 petang, kami pun dihantar ke bilik ward. Bermula lah episod 'percutian' 4hari 3 malam di DEMC.
Antara rawatan yang diberikan kepada Hannah sepanjang berada di DEMC.
1. Prosedur 'Prick', term yang digunakan oleh nurse yang buat kerja. Pecahkan biji air pada tangan dan kaki, kemudian disapukan beberapa jenis krim
2. Antibiotik dan ubat tahan gatal melalui branula.
3. Mandi berendam di dalam air berubat hangat di tingkat 4
Selain daripada pengambilan ubat-ubatan yang Doktor arahkan, saya juga berikan Hannah beberapa jenis vitamin Shaklee untuk membantu pemulihannya.
Memang Doktor ada sebut, krim yang digunakan mengandungi steroid. Steroid biasanya akan beri kesan jangka masa panjang. Ini cukup merisaukan saya. Jadi saya ambil pendekatan untuk menggunakan produk vitamin Shaklee untuk Hannah.
Set Cadangan Ekzema adalah cara yang paling Selamat,100% semulajadi,tanpa paraben & tanpa bahan kimia untuk membantu menyelesaikan masalah Ekzema.
1) Krim Herbal Blend berperanan dalam membantu melegakan gatal dan pedih akibat luka ekzema.
2) Omega Guard memastikan ekzema tidak merebak dan merawat kulit dari dalam.
3) Vitamin C berperanan dalam membantu memudarkan parut ekzema dengan berkesan. Ia juga membantu mempercepatkan proses baik pulih sel kulit dan mempertingkatkan imun sistem untuk melawan ekzema.
Buat masa sekarang, saya jaga pantang pemakanannya dan aktiviti luarannya.
Hannah berpantang dari makan telur dan kekacang.
Saya juga melarang Hannah terdedah kepada cuaca panas dan juga mengelakkannya daripada berendam lama di dalam air.
Hannah perlu makan vitamin dan ubat dengan konsisten mengikut jadual. Hannah perlu mandi dengan mandian berubat dan selepas ubat habis, saya akan berikan Hannah satu set mandian ShakleeBaby juga.
Saya bercadang juga nak jalankan ujian alergik kepada Hannah untuk mengetahui apa yang dia sensitif setelah dapat ekzema pompholyx ini. Ini bakal memudahkan saya sebagai mamanya untuk uruskan keperluan hariannya.
Insya Allah, saya akan update lagi kisah Hannah dan ekzema nya ini. Semoga entry ini sedikit sebanyak membantu para ibu yang sedang mencari info bagaimana nak merawat ekzema atau cara nak mengawal ekzema anak.
Saya akan kongsi pengalaman saya dan anak berkenaan ekzema yang tiba tiba sahaja muncul. Jadi dalam entry ini saya akan kongsikan kbeberapa point seperti di bawah.
- Bagaimana ekzema bermula
- Diagnosis dan rawatan
- Cara mengawal ekzema secara semulajadi
- Langkah langkah yang baik untuk penghidap ekzema
Bagaimana Ekzema Bermula
Anak sulung saya, Hannah Marissa sebelum ini sihat tanpa sebarang masalah kesihatan yang lain. Demam, selsema dan batuk saya anggap normal sebab dia juga salah seorang anak yang sedang membesar. Serangan 3 penyakit 'normal' ini sekadar untuk membantunya meningkatkan sisten pertahanan badannya saja.Di kala kawan kawan sekelasnya dah mula masuk kelas pada 2hb Januari lepas, Hannah pula warded di DEMC, Shah Alam untuk rawatan ekzema.
Sebelumnya, semasa musim cuti sekolah, Hannah dan adik adik minta dihantar balik ke kampung orang tua saya di Felda Chini 4. Jadi kami pun turutkan permintaan Hannah dan adik-adik. Mereka tinggal di sana selama 2minggu.
Orang bandar balik kampung, memang seronoklah mereka bermain di sekitar rumah nenek dan embahnya. Main kejar-kejar di laman, main pasir dan tanah, main dengan anak ayam dan macam macam lagi.
Disinilah detik-detiknya bermula.
Waktu kami suami isteri pulang ke kampung untuk ambil mereka, Hannah tunjuk biji biji air yang mula tumbuh pada jari tangan dan jari kaki.
"Nanti mama bawak ke klinik ya, tengok apa kata doktor. Mama nak bagi ubat, mama pun tak tau ubat apa"
Diagnosis dan rawatan
Kami bawa Hannah ke 2 klinik panel. Satu Doktor kata kudis buta. Satu lagi Doktor beri kami surat rujukan untuk berjumpa Doktor Pakar Kulit di DEMC.Sementara nak jumpa Doktor Pakar, kami bagi Hannah makan ubat yang Doktor pertama beri, iaitu ubat tahan gatal ( antihistamin ). Memang kesian tengok Hannah menahan diri dari menggaru kawasan yang gatal.
Di DEMC, kami berjumpa dengan Datin Dr. Noraziah Abd. Kadir Jailani ( Physician and Dermatologist ). Beliau buat pemeriksaan pada Hannah dan bertanya sejarah pemakanan dan aktiviti Hannah dalam masa 2-3 sebelum tumbuhnya biji bijian berair pada tangan dan kaki.
"Saya namakan ini sebagai ekzema with Pompholyx. Mungkin ada bakteria atau kuman yang trigger masalah ekzema ni masa Hannah ada di kampung.
Kita tak pasti apa punca sebenar. Tapi biasanya ada sesuatu yang buatkan ekzema keluar macam ni walaupun sebelum ni dia tak pernah alah dengan apa apa"
Pompholyx :
adalah sejenis ekzema tangan / kaki yang dicirikan oleh vesikel atau bullae (lepuh). Ia adalah satu bentuk dermatitis vesikular tangan dan kaki
Pompholyx terjadi kerana banyak sebab. Dalam banyak kes, ia kelihatan berkaitan dengan berpeluh, kerap muncul semasa cuaca panas, keadaan lembap, atau mengikuti keadaan emosi.
Faktor penyumbang lain termasuk:
- Genetik
- Akibat daripada perengsa seperti air, detergen, pelarut dan geseran
- Inflammatory dermatophyte (tinea) jangkitan (apabila dikenali sebagai dermatophytid)
- Reaksi terhadap ubat-ubatan, selalunya terapi imunoglobulin
Hannah di minta masuk ke ward untuk rawatan. Doktor isi beberapa borang dan kami perlu mengikut prosedur hospital untuk proses 'admission'.
Petangnya, pada jam 2 petang, kami pun dihantar ke bilik ward. Bermula lah episod 'percutian' 4hari 3 malam di DEMC.
Antara rawatan yang diberikan kepada Hannah sepanjang berada di DEMC.
1. Prosedur 'Prick', term yang digunakan oleh nurse yang buat kerja. Pecahkan biji air pada tangan dan kaki, kemudian disapukan beberapa jenis krim
2. Antibiotik dan ubat tahan gatal melalui branula.
3. Mandi berendam di dalam air berubat hangat di tingkat 4
Prosedur 'prick' |
Cara Mengawal Ekzema Secara Semulajadi
Selain daripada pengambilan ubat-ubatan yang Doktor arahkan, saya juga berikan Hannah beberapa jenis vitamin Shaklee untuk membantu pemulihannya.
Memang Doktor ada sebut, krim yang digunakan mengandungi steroid. Steroid biasanya akan beri kesan jangka masa panjang. Ini cukup merisaukan saya. Jadi saya ambil pendekatan untuk menggunakan produk vitamin Shaklee untuk Hannah.
SET EKZEMA SHAKLEE
Set Cadangan Ekzema adalah cara yang paling Selamat,100% semulajadi,tanpa paraben & tanpa bahan kimia untuk membantu menyelesaikan masalah Ekzema.
1) Krim Herbal Blend berperanan dalam membantu melegakan gatal dan pedih akibat luka ekzema.
2) Omega Guard memastikan ekzema tidak merebak dan merawat kulit dari dalam.
3) Vitamin C berperanan dalam membantu memudarkan parut ekzema dengan berkesan. Ia juga membantu mempercepatkan proses baik pulih sel kulit dan mempertingkatkan imun sistem untuk melawan ekzema.
Langkah langkah yang baik untuk penghidap ekzema.
Hannah masih lagi dalam proses pemulihan. Kadangkala biji berair yang baru masih juga muncul. Nampaknya selepas ini, Hannah perlu berpantang makan daripada makanan yang dikatakan boleh membuatkan ekzemanya 'flare'Buat masa sekarang, saya jaga pantang pemakanannya dan aktiviti luarannya.
Hannah berpantang dari makan telur dan kekacang.
Saya juga melarang Hannah terdedah kepada cuaca panas dan juga mengelakkannya daripada berendam lama di dalam air.
Hannah perlu makan vitamin dan ubat dengan konsisten mengikut jadual. Hannah perlu mandi dengan mandian berubat dan selepas ubat habis, saya akan berikan Hannah satu set mandian ShakleeBaby juga.
Saya bercadang juga nak jalankan ujian alergik kepada Hannah untuk mengetahui apa yang dia sensitif setelah dapat ekzema pompholyx ini. Ini bakal memudahkan saya sebagai mamanya untuk uruskan keperluan hariannya.
Insya Allah, saya akan update lagi kisah Hannah dan ekzema nya ini. Semoga entry ini sedikit sebanyak membantu para ibu yang sedang mencari info bagaimana nak merawat ekzema atau cara nak mengawal ekzema anak.
No comments:
Post a Comment