Wednesday, January 30, 2019

Kenapa Saya Perlu Buat No Sugar Challenge?

Assalamualaikum dan Hi!

Kesedaran nak kurangkan pengambilan gula sebenarnya dah lama ada, sebab Shaklee lifestyle memang mengajar saya untuk lebih mengutamakan kesihatan secara menyeluruh, bukan sekadar makan vitamin.

Cuma tindakan tu sahaja yang kurang. Mungkin kerana tak yakin dan diri ini selalu tergoda dengan pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap. Satu kelemahan ketara saya ialah, pantang tengok kuih melayu seperti kuih koc dan kuih seri muka. Sekali jumpa, mesti nak rasa atleast 4 biji kuih.
Banyak kan?

Sebab apa saya tekad untuk buat No Sugar Challenge?

Antara yang paling utama :

😅 berat badan naik
😅 kulit kering
😅 kerap moody
😅 takut bila tengok sendiri kesan obesiti
😅 takut bila tengok sendiri kesan diabetes


1. Berat Badan Naik
Sejak balik dari trip Mediterranean Cruise, berat naik dan susah sunggu nak turun. Sepanjang trip, memang disajikan dengan makanan yang mewah.

Pelbagai jenis pastries ( yang ni pon saya pantang jumpa ), kek, aiskrim, dessert terhidang diatas meja buffet. Dan pelbagai jenis hidangan berat yang lain. Memang makan sedap lah.
Walaupun dah habis trip, dan tiada lagi makan makan semewah itu, berat dah statik dan tak mahu turun. 

2. Kulit Kering
Saya buat skin check sewaktu Youth Party diadakan di Shaklee HQ. Saya ingatkan kulit saya normal, rupanya kategori kulit kering. Patutlah ada ketikanya, kalau saya tak pakai foundation, bedak compact akan kelihatan bercapuk sebab kulit muka kering

3. Kerap Moody
Menguruskan rumahtangga dengan anak yang ramai, menguruskan bisnes yang kadangkala naik kadangkala turun dan pelbagai lagi isu dalam kehidupan kerap kali membuatkan saya stress dan moody.

Saya percaya stress ini boleh diatasi, kalau saya cukup nutrisi dan dapat mengurangkan hormon yang tak stabil apabila saya mengurangkan pengambilan gula.

4. Takut Bila Melihat Kesan Obesiti. 
Saya dah saksikan sendiri bagaimana seorang wanita yang obesiti terbaring di atas katil di dalam ward. Dek kerana tubuhnya yang besar, beliau terpaksa meminta bantuan orang di katil sebelah hanya untuk mengalihkan iringan tubuhnya.

Nak mengiring ke kanan perlu orang tolak. Nak mengiring ke kiri juga perlu minta bantuan. Apabila beliau cuba duduk bersandar,  tiga orang perlu membantunya untuk duduk dengan selesa.
Kesian sangat melihatnya.  


Datang keinsafan dari situ. Saya tak mahu saya jadi obes dan menyusahkan orang lain untuk menguruskan diri saya.

5. Takut Bila Melihat Kesan Diabetis.
Baru baru ini juga, saudara terdekat saya meninggal dunia disebabkan serangan jantung. Ahli keluarganya memberitahu, sebenarnya bacaan gula si mati sudah terlalu tinggi masa terkena serangan jantung tu. 

Pembedahan untuk membuang blockage pada saluran jantung tidak boleh dilakukan kerana paru-parunya berair dan buah pinggangnya juga telah mendapat komplikasi.

Selama ini ramai yang sekadar ingat yang diabetes ni hanya potong kaki. Sebenarnya ia lebih dari itu. Dan komplikasi yang melibatkan jantung adalah sangat berisiko.

Jadi, dengan 5 sebab ini lah, saya mula tekad untuk mulakan No Sugar Challenge versi saya sendiri. Saya juga ada keluarga yang perlu saya jaga, jadi saya mesti sentiasa berusaha untuk kekal sihat



Saya bermula dengan mendaftar masuk ke kelas NSC yang diadakan oleh Coach Gula Puteri Yusof minggu lepas. Selepas kelas teori selama 3 hari, barulah saya mulakan challenge 14hari ini.

Insya Allah, saya akan ceritakan lagi perjalanan No Sugar Challenge saya di sini.

Semoga daripada 5 sebab saya tulis diatas turut memberikan kesedaran dan keinsafan tuan puan yang membaca posting ini.


No comments:

Post a Comment