Friday, November 10, 2017

9 Tips Kawal Nafsu Makan Agar Berat Tidak Berlebihan

Assalamualaikum.

TAHNIAH sebab sangat komited untuk jaga badan sendiri. Macam macam plan dibuat; eat clean, bersenam secara rutin 30minit sehari, berkawan dengan orang orang yang nak jaga badan dan sebagainya. 

Malah komited juga dengan suplemen yang dikatakan membantu untuk turunkan berat badan. Jangan tersalah pilih  'ubat kurus' sudah lah ya.

Kalau sudah ambil suplemen, tapi terasa sukar nak kawal makan pun bahaya kepada berat badan tau.
Jadi jom baca dan amalkan  Tips Kawal Nafsu Makan ini. 

TIPS KURUS SIHAT

**Diingatkan, jika anda mengambil suplemen dan mudah merasa lapar, pastikan anda minum dahulu 2 cawan air ketika datang signal lapar. Kerana sebenarnya itu adalah signal supaya anda minum air. Bila anda makan suplemen, tubuh perlukan lebih air. bukan lebih makanan. 

Tips Kawal Nafsu Makan

1) Makan Kerap Setiap 3-4jam

Makan secara kerap tetapi dalam kuantiti yang kecil akan membuatkan anda sentiasa berasa kenyang. Jadi anda tak perlukan sejumlah makanan yang banyak untuk memuaskan nafsu makan anda kelak

2) Karbo Kompleks

Karbohidrat kompeks membekalkan sumber tenaga secara perlahan dan dilepaskan secara konsisten. Ambil karbo kompleks seperti wholemeal bread dalam kuantiti sederhana sahaja kerana ia mengandungi kalori yang lebih tinggi dari roti putih. 


3) Minum Air Sepanjang Hari

Air kosong tiada kalori jadi tiada sebab badan anda akan naik apabila minum banyak air kosong. 

Ia mengurangkan keinginan terhadap makanan dan minuman bergula.

4) Jangan Bawa Balik

Jika anda gemarkan makanan manis seperti donut dan coklat, Cuba jangan bawanya pulang kerumah. Anda mungkin tewas dengan godaan makanan manis sebegini


5) Buah-buahan Membantu

Gula dari buah diproses secara berbeza oleh tubuh berbanding gula biasa. Serat yang ada dalam buah juga bagus untuk membantu proses penghadaman


6) Kenali Peranan Insulin

Elak gula diproses seperti gula gula, pop corn, kerana ia akan meningkatkan kadar kandungan gula dalam darah. Ini akan meningkatkan selera makan. Ia seolah olah menyebabkan anda mahu makan manisan tanpa rasa kenyang


7) Ajaibnya Senaman
Senaman akan hasilkan endorfin semulajadi yang membantu mengurangkan selera makan. Jadi silalah lakukan senaman secara rutin.


8) Awas Nafsu Makan Ketika Menonton.

Pilih makanan berkhasiat seperti salad, baby carrot, yogurt ketika timbul keinginan untuk makan ketika sedang menonton tv


9) KATAKAN TIDAK!

Anda perlu komited, kuat dan berani melawan nafsu makan sendiri. Katakan TIDAK kepada makan berlebihan. Minda mengawal tubuh badan. Jadi kawallah minda sebaiknya


Take care  & never give up on your slimming journey!


No comments:

Post a Comment