Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tahukah anda, apa yang kita makan setiap hari juga mempengaruhi kualiti tidur malam kita.
Tidur yang sempurna bakal memberikan hari yang baik keesokan harinya.
Jadi, adakah kita pasti yang tidur kita itu benar benar memberikan rehat pada tubuh? Jika kita tahu yang hari esok adalah hari yang bakal meletihkan, sudah tentu kita mahu tidur yang sempurna, kan?
Mari teruskan pembacaan kalau anda mahu tahu makanan yang bagaimana mampu membantu tidur yang lena.
1. Ambil Makanan Yang Kaya Dengan 'Tryptophan'
Sudah kerap kali kita baca yang minum susu suam sebelum tidur sangat membantu untuk tidur lena . Sebenarnya, sumber tenusu mengandungi
tryptophan, bahan yang merangsang tidur lena. Selain susu suam, boleh juga ambil makanan dari sumber kekacang, pisang, madu dan juga telur
2. Ambil Snek Sebelum Tidur
Jika anda mengalami masalah kesukaran tidur (imsomnia), pengambilan snek sebelum tidur mungkin membantu tidur yang nyenyak. Pastikan ianya snek ringkas saja. Pengambilan makanan berat sebelum tidur hanya akan membuatkan badan kurang selesa dan lebih sukar untuk tidur
3. Kurangkan Makanan Tinggi Lemak
Ada kajian menunjukkan, sesiapa yang makan makanan tinggi lemak akan mengalami gangguan tidur. Makanan tinggi lemak akan mengaktifkan sistem penghadaman dan mereka akan lebih kerap bangun untuk ke tandas diwaktu malam.
4. Berhati-hati Dengan Kafein Tersembunyi
Minum teh atau kopi waktu petang memang salah satu perkara yang paling seronok dibuat. Tapi bersedialah untuk rasa segar bugar walaupun dah tiba masa untuk tidur nanti.
5. Kafein Dalam Ubat Ubatan
Ubat seperti 'pain killer', ubat selsema, ubat kecing manis turut mempunyai kandungan kafein didalamnya. Kadangkala tanpa kita ketahui, kandungan kafein dalam ubat ini lebih tinggi daripada kafein di dalam kopi.
Bacalah label dan bertanya pada pegawai farmasi tentang ubat yang diberikan kepada anda.
6. Kurangkan Pengambilan Air Pada Jam 8 Malam
Kekal hidrat ketika waktu siang memang sangat baik. Kita digalakkan minum sekurang kurangnya 8 gelas atau 1liter untuk setiap 25kg berat. Tetapi, semakin dekat dengan waktu tidur, perlu kurangkan pengambilan air agar kita tidak kerap berjaga malam untuk ke tandas
7. Pengambilan Sumber Kalsium Sebelum Tidur
Antara cara lain yang berkesan untuk tidur lena, tentu sekali dengan pengambilan 4 biji pil kalsium lengkap dengan magnesium iaitu
Ostematrix. Anda pasti mudah tertidur, dan lebih lena setiap malam.
Ostematrix yang bukan sekadar kalsium ini juga sangat bagus untuk kesihatan sendi dan tulang. Sebaik bangun tidur waktu pagi nanti, anda akan dapat rasakan tubuh begitu cergas sekali.
Inilah dia tips bagi mendapatkan tidur yang lena. Bila badan cukup rehat, esok pagi dapatlah berfungsi secara optimum dan meningkatkan prestasi di tempat kerja.
Jika anda rasa tips dalam entry ini bermanfaat, sila share agar orang lain juga boleh menikmati tidur yang lena dan badan yang segar juga.
No comments:
Post a Comment