Sunday, February 11, 2018

Shaklee Business Leader National Conference 2018 : BREAKTHROUGH


Assalamualaikum & Hi!

Alhamdulilah, pada 3 Februari yang lepas, majlis yang sangat dinanti-natikan oleh para Business Leader Shaklee berlangsung dengan sangat meriah dan gempak.

Apa yang paling menarik, majlis ini hanya menjemput mereka yang layak sahaja. Kami perlu memenuhi syarat kelayakan sebelum mendapat 'invitation' dari pihak Shaklee. Ternyata memang sangat ramai yang layak! Tahniah buat semua Business Leader.


Majlis dirancang dan disusun dengan sangat baik. Bermula dengan sesi pendaftaran seawal jam 8pagi. Sarapan enak turut disediakan sementara menunggu pintu Dewan Conference dibuka.

Masa ini lah, kami semua dapat berpeluk-cium dan 'catch-up' sesama sendiri. Uplines-downline-sideline. Sesekali berjumpa memang ada banyak benda nak diceritakan.

Dalam masa yang sama, booth YOUTH, produk penjagaan kulit terbaru oleh Shaklee berlangsung. Ada booth untuk membuat analisa kulit dan pameran produk. Saya baru pertama kali melihat secara dekat botol-botol Youth. Sangat impressive. Memang rasa tak sabar nak cuba.

Semua leaders yang hadir diberi peluang untuk membeli 2 set Youth secara pre-order. Bermula 1 dan 2 Feb, kami boleh membuat pre-order melalui website shaklee2u, dan pada hari BLNC2018 ini kami boleh ambil set Youth yang telah diorder.

Antara intipati program BLNC2018 ini ialah;

  1. Penyampaian amanat daripada CEO Shaklee Corp, Tuan Roger Barnett melalui sesi Live
  2. Pelancaran YOUTH buat pertama kalinya di Malaysia
  3. Ucapan aluan danpelancaran Shaklee Academy serta review bisnes tahun 2017 oleh Puan Helen Lam, CEO Shaklee Malaysia
     
  4. Penerangan serta demo tentang YOUTH oleh 2 orang pakar kecantikan antarabangsa iaitu;
    Vice President Beauty R&D di Shaklee Corporation, Chris Kyrou
    Sales, Marketing & Product Development Executive di Shaklee Corporation, Virginie Descamp


Semua orang sangat excited ketika sesi YOUTH. Dan kami diberi peluang untuk membeli lagi 1 set sepanjang acara BLNC2018 berjalan.

Youth memang satu penemuan terhebat yang saya pernah dengar dalam penghasilan skincare. Macam biasa Shaklee dan nutrisi berpisah tiada. Jadi untuk Youth, ia juga menggunakan bahan bahan botanikal seperti yang digunakan untuk hasilkan vitamin.

Bukan sekadar membersih dan mencuci saja tau Youth ni, tapi juga memberikan nutrisi kepada kyulit kita untuk kekal sihat dan cantik. Youth mengambil masa 8 tahun untuk dihasilkan dan ia juga mempunyai 8 paten. Maksudnya tiada satu pon syarikat lain boleh meniru formula Youth.

Masa makan tengahari, saya dan suami ambil masa untuk saling catch up dengan leader kami pula. Siap ada sesi makan vitamin berjemaah juga. Begitulah, bila dah very in love dengan Shaklee, nak makan vitamin pun kita berjemaah.



Nak tengok lebih banyak gambar kami yang excited dengan BLNC2018 dan YOUTH boleh tengok album ini ya : BLNC2018

Ringkas saja tentang event ini.

Kalau berminat nak sertai kami & tim TuRBOBizz, jomlah! Ada banyak benda hebat dalam bisnes kami.

No comments:

Post a Comment