Tuesday, February 27, 2018

Skincare Shaklee YOUTH I Rangkaian Produk SkinCare Terbaik Dengan Teknologi Skin Age Index

Assalamualaikum dan Hi!

Sewaktu entry ini saya tulis, dah masuk hari ke 23 saya menggunakan rangkaian penjagaan kulit luaran YOUTH. Alhamdulillah, sebagai salah seorang Business Leader Shaklee, kami berpeluang menggunakan set skincare ini lebih awal.

Dan saya sendiri dah tak sabar akan launching produk ini pada 1 Mac 2018 nanti. Saya berazam akan pastikan seramai 50orang pengguna Youth SkinCare dikalangan pelanggan saya pada bulan pertama pelancarannya. Biiznillah

Skincare YOUTH

YOUTH™ SKIN CARE, LOOK YOUNGER LONGER

Inilah motto bagi skincare YOUTH. 
Kelihatan muda lebih lama. Kekal muda, jelita.

Skincare Youth adalah yang pertamanya di pasaran Malaysia, dibangunkan dengan begitu teliti, dengan research and development serta kajian klinikal selama 8 tahun. Ia juga berteknologi baru Skin Age Index ( SAI).
 
Gabungan kepakaran saintis Shaklee dengan pakar kuluit terkemuka dunia, lalu terhasillah Skin Age Index yang dapat mengukur usia kulit dibahagian muka. Satu kajian telah dilakukan keatas 100 sampel dari pelbagai kaum dan etnik. 

Keputusannya sangat memeranjatkan dimana selepas 1 minggu penggunaan, 100% sample tadi mendapati kulit mereka semakin muda. Selepas 4 minggu penggunaan, 2/3 daripada mereka berjaya mendapat kulit muka 10tahun lebih muda

KEPUTUSAN KLINIKAL TANPA KOMPROMI


Keputusan kajian Skin Age Index


Indeks Usia Kulit (Skin Age Index)

Dibangunkan secara klinikal oleh pakar-pakar kulit bertaraf antarabangsa, Indeks Usia Kulit mengukur kehadiran tanda-tanda utama penuaan dengan data klinikal yang berasaskan fakta.
  • KEDUTAN KULIT
  • SAIZ PORI
  • TONA KULIT
  • KEANJALAN
  • TEKSTUR KULIT
  • HIPERPIGMENTASI
  • SERI KULIT
  • KEKENDURAN
 
Kami telah buktikan yang anda tidak perlu mengorbankan keselamatan dan ketulenan untuk keberkesanan.

Kesemua produk kami direka dan dihasilkan tanpa bahan kimia yang merbahaya dan tiada bahan-bahan yang mungkin dipersoalkan seperti produk-produk lain yang memberikan impak kepada anda dan planet kita.

Kami telah menguji lebih daripada 350 bahan pencemar, racun perosak, dan bendasing pada setiap bahan botanikal baru, sebanyak 3 kali ganda berbanding dengan yang diperlukan. Malah, kami telah menjalankan lebih daripada 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk memastikan yang produk kami selamat.

Kami sentiasa mengutamakan Bumi – kami adalah syarikat yang pertama dalam dunia yang telah berjaya menyeimbangi pelepasan karbon supaya tiada jejak karbon yang tertinggal pada planet kita.


YOUTH bebas dari 1500 bahan kimia

  •  Hipoalergenik
  • Non-comedogenic (tidak menyumbatkan liang pori)
  •  Diuji oleh ahli dermatologi
  •  Diuji oleh ahli oftalmologi

KUASA BOTANIKAL

YOUTH™ adalah sebuah revolusi. Dengan lapan paten dan paten-diproses, setiap produk YOUTH diformulasi secara spesifik untuk menangani pelbagai faktor penuaan, samada ianya cara hidup anda, kerosakan persekitaran, atau penuaan semulajadi.


MUSCADINE GRAPE

Polifenol Muscadine Grape yang dalam proses patent melindungi dan memperbaiki DNA sel dalam masa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastin.


LOTUS JAPONICUS

YOUTH Complex yang dalam proses paten, digabungkan dengan Lotus Japonicus, mengaktifkan protein youth yang penting untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin. YOUTH Complex dihasilkan bersama dengan Lotus Japonicus dan Schisandra Chinensis Fruit Extract, yang membekalkan lebih banyak nutrien dan tenaga kepada kulit anda secara berstruktur.


APPLE STEM CELL EXTRACT

Kajian menunjukkan bahawa Apple Stem Cell Extract mengaktifkan dan mempercepat pembaharuan sel kulit untuk kulit kelihatan lebih muda. Ia juga mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit supaya kulit anda kelihatan lebih berseri dan lembut, lebih lama.


SCHISANDRA CHINENSIS FRUIT EXTRACT

Secara tradisionalnya, herba ini digunakan di China, Jepun dan Korea untuk melegakan dan menenangkan keradangan dan kegatalan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit, Schisandra Chinensis Fruit Extract menyokong struktur kulit muda dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan antioksidan.


VITAL REPAIR+® COMPLEX

Vital Repair Complex+® yang mempunyai pelbagai paten memberikan nutrien anti oksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat

YOUTH COMPLEX

Kunci untuk mengecapi kulit yang cantik, kelihatan-muda adalah dengan mempercepatkan pembaharuan sel kulit kepada kadar yang lebih cepat. Kulit yang muda melakukannya dengan mudah. Ia akan memperbaharu pada kadar yang optimum dan menghasilkan semua kolagen dan elastin yang kita perlukan untuk kulit yang lembut, gebu serta berseri.

Tetapi dengan meningkatnya usia kita, keserian itu akan hilang. Pembaharuan sel kita akan menjadi perlahan dan kolagen dan elastin yang dihasilkan akan berkurangan.

Berbeza dari produk penjagaan kulit yang lain, teknologi canggih kami bukan sahaja menangani penuaan di permukaan, malah ia bertindak pada sel kulit anda.

Ini bermakna yang kami tidak hanya menyediakan manfaat perlindungan dan pembaikan, kami juga menyokong fungsibpenting sel yang dapat memulihkan keremajaan dan seri wajah.

Mengandungi 10 kali ganda kepekatan YOUTH Complex yang dalam proses paten, Youth Activating Serum semestinya produk yang diperlukan dalam koleksi YOUTH.

TESTIMONI YOUTH

Okay, dah dapat informasi lengkap tentang Youth kan? Jadi, inilah masanya untuk kalian pula bertukar daripada skincare sedia ada kepada skin care Youth.

Saya akan kongsikan testimoni dari pengguna Malaysia pula dalam next entry. Tunguuuu

Kalau nak buat order sekarang, kontek saja info dibawah ini.


No comments:

Post a Comment