Assalamualaikum & Salam Ceria buat semua pengunjung blog ini.
Hari ini saya akan berkongsi tentang bahaya memicit jerawat dan tips kesihatan kulit jika mengalami luka.
Jerawat juga boleh dikategorikan sebagai punca yang membuatkan kulit wajah kita luka. Ada orang memang cukup suka memicit jerawat, sama ada kerana geram atau kerana nak jerawat tersebut cepat cepat hilang.
Tahukah anda, memicit jerawat di 'segitiga kematian' atau dalam bahasa englishnya ' triangle of death' ini sangat bahaya?
Apa pula 'segitiga kematian' atau ' triangle of death' ini? Jangan tak tahu, bukan setakat ada Segitiga Bermuda atau Cinta Segitiga yang memang kita tahu juga merbahaya, malah ada segitiga pada kawasan muka kita yang juga tak kurang bahayanya.
Nak tahu dimana Triangle of Death, cuba satukan kedua ibu jari serta jari telunjuk membentuk segitiga, dan bawakan segitiga ini ke wajah anda. Kedua jari telunjuk dibahagian atas batang hidung, manakala ibu jari pula berada dikawasan atas bibir.
Nah di situlah bahagian bahaya pada wajah kita.
Macam merepek je, itu kan setakat kawasan hidung dan atas mulut saja, takkan lah bahaya sampai nak kaitkan dengan 'death'.
Sebenarnya ia jadi bahaya kalau kita mengalami jangkitan kulit atau jerawat dikawasan ini.
Fakta, saluran darah yang ada pada kawasan segitiga ini mempunyai kaitan terus berdekatan dengan otak kita. Kawasan ini juga adalah struktur penting bagi mata, hidung dan mulut. Jangkitan kulit pada bahagian ini berpotensi untuk tersebar menjadi teruk dan menyebabkan komplikasi berbahaya kemudiannya.
Memicit jerawat, mencabut bulu hidung dan mencabut kulit kering pada luka dikawasan ini boleh menyebabkan keadaan kulit menjadi lebih teruk dan boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kulit yang lebih serius. Contohnya jangkitan pada folikel rambut (bulu) dan cellulitis ( jangkitan pada lapisan kulit).
Kita pun tahu, jangkitan kuman sekarang agak sukar dikenalpasti dan dibendung serta sukar dirawat kerana kerintangan antibiotic. Jadi adalah sangat disyorkan supaya elakkan jangkitan berlaku berbanding merawatnya.
TIPS MENGELAK DAN MERAWAT LUKA PADA KULIT
Tips ini boleh diaplikasi bukan hanya di ' tiangle of death' malah dimana mana bahagian badan sekali pun.
Semoga sedikit perkongsian ini memberi ilmu yang baik untuk anda yang membacanya.
Jika nak dapatkan kulit yang sihat dan cantik, boleh mula amalkan penggunaan Youth Skin Care

- Pastikan kulit kita sentiasa lembap untuk mengelakkan kulit merekah dan menggelupas. Untuk pastikan kulit wajah kita sentiasa lembap, disarankan anda gunakan Youth Moisturiser With SPF50
- Jika jerawat muncul, JANGAN picit ia! Selain menyebabkan kesakitan ia juga oleh akan meninggalkan parut hodoh nanti.
- Jangan cabut bulu dalam hidung, sebaiknya 'trim'kan sahaja
- Cuci make-up yang dipakai segera
- Hentikan pendarahan pada luka atau jerawat dengan air
- Sapukan luka dengan minyak yang bersesuaian
- Hubungi Doktor dengan segera jika terdapat simptom lebih serius berlaku
Semoga sedikit perkongsian ini memberi ilmu yang baik untuk anda yang membacanya.
Jika nak dapatkan kulit yang sihat dan cantik, boleh mula amalkan penggunaan Youth Skin Care
No comments:
Post a Comment